
Pembentangan Belanjawan 2025
18 October 2024

Sekitar Pembentangan Belanjawan 2025 oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, Parlimen.
Pelepasan rombongan Belanjawan 2025 bermula di Bangunan Perbendaharaan, Putrajaya diiringi oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.








Pembentangan ini merupakan Belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025). “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” menjadi tunjang utama Belanjawan kali ini.
Belanjawan 2025 memberi tumpuan mengangkat martabat dan kesejahteraan rakyat, di mana Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya mungkin bagi memastikan ekonomi negara kekal teguh dan berdaya saing, selain punyai asas serta dasar yang kukuh bagi menepis sebarang gejolak yang mampu menggoncang sistem ekonomi negara.







Di samping itu, tumpuan Kerajaan MADANI untuk menangani isu kelas bagi menjawab permasalahan kemiskinan serta kesenjangan secara bijak dan berhemah, diyakini negara akan dapat mencapai kesaksamaan lantas dapat menyatukan keseluruhan kaum di negara ini.